• Topic 主题 トピック Topic Topic
  • Sign in

Pembatalan atau Pemulangan Pesanan

Pelanggan mungkin akan menghadapi isu dimana mereka perlu membatalkan pesanan kerana mereka lupa untuk memasukkan kod diskaun, pilih varian produk yang salah, dan menambah produk-produk lain selepas pesanan telah dibuat. Apabila peniaga membenarkan ciri ini, pelanggan boleh mencari pesanan dan batalkan pesanan apabila mereka log masuk ke ruangan ahli/pelanggan berdaftar

Di artikel ini terdapat: 

  • Pengenalan
  • Penyediaan
  • Permohonan ciri
  • [Untuk pelanggan] Pembatalan atau pemulangan pesanan
  • [Untuk peniaga] Aturan untuk pembatalan atau pemulangan

1. Pengenalan

Peniaga boleh mengaktifkan “pembatalan pesanan tamat masa secara automatik”, supaya pesanan yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan akan dibatalkan secara automatik.  

Peniaga boleh mengaktifkan “pelanggan memulakan pemulangan”, supaya peniaga tidak perlu menguruskan pemulangan secara manual di Admin Panel, pelanggan boleh memohon untuk pemulangan produk di laman web kedai. Selain itu, ini akan menjimatkan masa untuk peniaga dan pelanggan memeriksa produk yang dikembalikan setelah diterima dan kemudian semak keputusan di laman web kedai.

2. Penyediaan

Di Admin SHOPLINE, pergi ke [Tetapan] > [Pesanan] > [Membatalkan pesanan atau tamatkan langganan] 

3. Permohonan ciri

A. Pembatalan pesanan tamat masa secara automatik

Ada dua cara untuk menggunakan ciri “pembatalan pesanan tamat masa secara automatik”. 

  • Satu adalah dengan menetapkan tempoh tamat masa: Peniaga boleh menyesuaikan peraturan untuk membatalkan pesanan secara automatik selepas bilangan jam tertentu (contohnya 96 jam). Tempoh masa ini mesti melebihi 72 jam. 
  • Satu lagi adalah dengan menetapkan temoh tamat masa mengikut kaedah pembayaran.B. Pelanggan Membatalkan Pesanan Dengan Aktif

Sekiranya peniaga membenarkan ciri “Pelanggan membatalkan pesanan dengan aktif”, pelanggan boleh membatalkan pesanan dengan sendiri setelah mereka log masuk ke Ruangan Pelanggan Berdaftar (tidak ada untuk kaedah pembayaran separa)

Pelanggan tidak akan mempunyai kebenaran untuk membatalkan pesanan mereka sekiranya ciri ini tidak aftifkan.

 

C. Membenarkan Pelanggan untuk Memulakan Pemulangan

Apabila peniaga pilih “pelanggan dibenarkan untuk memulakan pemulangan”, pelanggan akan memohon pemulagan di kedai. Sekiranya “Bayar balik ke akaun pembayaran asal” dipilih, produk hanya boleh dikembalikan ke alamat asal. Lokasi kedai lain tidak akan ada untuk pemulangan. 

 

Sekiranya peniaga telah menubuhkan gudang mereka di luar negara, jangan pilih “Bayar balik ke akaun pembayaran asal”. Pilihan “Permohonan pemulangan harus dilihat oleh peniaga” bermaksud permohonan pelanggan mesti disahkan oleh peniaga sebelum pemulangan produk. Peniaga juga boleh menetapkan had masa pemulangan (untuk xx hari) selepas tandatangan penerimaan supaya servis pemulangan akan disorokkan secara automatik untuk produk tamat masa. 

 

4. [Untuk pelanggan] Pembatalan atau pemulangan pesanan

Pelanggan boleh pergi ke bahagian “Pesanan” di Ruangan Ahli/Pelanggan Berdaftar. Pergi ke halaman butiran pesanan dan cari butang “BATALKAN PESANAN” di bahagian bawah halaman. Klik butang untuk memohon pembatalan atau pemulangan/bayaran balik.

mceclip4.png

mceclip5.png

5. [Untuk peniaga] Aturan untuk pembatalan atau pemulangan 

Pergi ke [Pesanan] > [Senarai Pesanan]. Pilih “Dibatalkan” di “Status Pesanan” di menu lungsur, kemudian anda boleh cati pesanan-pesanan yang telah dibatalkan/dikembali/sudah dibayar oleh pelanggan. 

 

Klik di pesanan itu untuk menyemak butiran, cari butang “Pemulangan Bayaran”. Pilih “Bayar ke akaun pembayaran asal” dan selesaikan proses seterusnya.

 

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Komen