1. Langkah untuk tetapkan
Log masuk ke Admin SHOPLINE > [Kedai Online] > [Design] dan klik pada tab “Tema Kedai”. Pilih tema dan klik “Tambah tema” untuk mula.
2. Pemilihan Tema
Pergi ke Admin SHOPLINE > [Kedai Online] > [Design]. Di tab “Tema saya”, klik pada butang “Reka” untuk menyunting tema.
Selepas anda klik “Reka”, anda boleh mula menyunting posisi setiap komponen di tema tersebut. Fungsi suntingan tema SHOPLINE adalah mudah untuk digunakan dan mudah untuk dikarang, menjadikan ia amat popular di kalangan peniaga-peniaga baru. Anda boleh pilih templat pratetap atau tambah komponen untuk mula mereka tema anda.
Rekaan Tema
Apabila anda masuk ke antara muka “Reka”, gerakkan tetukus ke komponen-komponen pratetap yang telah ditambah. Klik, tahan dan seret setiap komponen ke posisi baru dengan bebas. Pada masa yang sama, anda boleh sorokkan dan buang komponen-komponen yang telah ditambah. Klik batal dan buat semula di bahagian atas halaman sekiranya diperlukan.
Komponen
Anda boleh klik “Tambah Komponen” untuk masuk dan pilih komponen berfungsi yang anda perlukan. Selepas menyunting, sistem akan letakkan ia selepas komponen-komponen pratetap secara lalai, sementara anda boleh tahan butang kiri tetikus untuk menyuaikan susun atur.
Tema
Di “Tetapan tema”, anda boleh mengubah teks, warna, LOGO, butang dan elemen-elemen lain yang terdapat dalam tema anda.
Pratonton Kesan Reka Bentuk
Apabila anda selesai merekabentuk, anda boleh pratonton rekaan anda dan susun atur dalam masa nyata di sebelah kanan. Pilih tiga mod (Telefon, PC dan skrin penuh) di bar atas halaman ini. Klik “Lihat kedai” di bahagian atas kanan halaman ini untuk pratonton setiap halaman secara langsung dalam mod-mod berlainan. Pada masa yang sama, anda boleh klik pada ikon QR kod di sebelah “Lihat kedai” dan imbas kod untuk melihat paparan di telefon. Klik Simpan untuk menyimpan rekabentuk ini.
3. Kedai tema
Untuk memberi perniagaan-perniagaan punyai rekaan berbeza-beza, SHOPLINE sekarang menawarkan 20 tema-tema untuk industri berlainan, membenarkan anda untuk membina kedai yang sesuai dengan gaya jenama anda.
Klik untuk melihat demonstrasi tema-tema berlainan!
Fesyen:
Ibu & Anak:
Rekreasi:
Jenama bergaya:
Barangan Rumah:
Barangan Elektronik:
Aksesori:
4. Pengurusan Tema
Setelah anda memilih tema, klik “Tambah tema”, sistem akan kembali ke halaman “Rekaan Kedai” secara automatik. Anda boleh jumpa tema terpilih di “Tema Perpustakaan” di bahagian bawah halaman ini. Di tema perpustakaan, anda juga boleh menyuaikan tema terpilih dengan “Namakan semula”, “Padam”, “Salinan”, “Pratonton” dan operasi lain-lain.
Komen