PAGES CONTENT

Get Started 开始 Mulai Mulakan Bắt đầu

Migrate to SHOPLINE 迁移到SHOPLINE Pindah ke SHOPLINE Berpindah ke SHOPLINE Đồng bộ dữ liệu về SHOPLINE

Your SHOPLINE account SHOPLINE账户 Akun SHOPLINE Anda Akaun SHOPLINE anda Tài khoản SHOPLINE của bạn

Orders 订单 Pesanan Pesanan Đơn hàng

Products 商品 Produk Produk Sản phẩm

Customer 客户 Pelanggan Pelanggan Khách hàng

Marketing 营销 Marketing Marketing Marketing

Apps 相关应用 Aplikasi Apps Ứng dụng

One page shop 一页商店 One page shop One page shop Cửa hàng một trang

Setting 设置 Pengaturan Tetapan Cài đặt

Pendaftaran pantas untuk akaun Facebook / Log masuk ahli | Tetapan pelanggan

Selain daripada pendaftaran alamat e-mel/nombor telefon, pelanggan juga boleh menggunakan akaun Facebook mereka untuk pendaftaran satu klik/log masuk ke akaun SHOPLINE mereka. 

 

Log masuk satu klik adalah fungsi yang dibangunkan oleh Facebook, ia akan tersedia hanya dengan memasang aplikasi Facebook di kedai anda. Anda perlu memuat turun aplikasi Facebook dahulu, kemudian kembali ke kedai untuk memasangnya. Memandangkan terdapat banyak langkah-langkah persediaan, sila bersabar dan ikuti langkah-langkah ini untuk memasangnya. Sekiranya skrin tidak selari dengan butiran ini, atau terdapat isu-isu berkaitan, sila ambil gambar skrin operasi dan sediakan gambar-gambar tersebut untuk pihak Merchant Success kami membantu anda. 

 

Artikel ini akan menunjukkan langkah-langkah secara terperinci.

Tetapan

Langkah 1: Masuk ke Facebook untuk Pembangun

Klik pada URL ini untuk masuk ke Facebook untuk Pembangun dan gunakan akaun Facebook peribadi anda untuk log masuk. Klik [Aplikasi] > [Cipta Aplikasi] untuk mencipta aplikasi Facebook.  

*Notis: Jika anda telah mencipta aplikasi Facebook untuk akaun Facebook anda, selepas anda mengklik "Cipta Aplikasi", anda akan melihat tetingkap pop timbul bertanya "Apa yang anda perlukan aplikasi anda lakukan?". Klik pilihan ketiga "Bina Pengalaman Bersambung" untuk membuat aplikasi anda kemudian ikuti langkah di bawah untuk menyelesaikan tetapan.

Screenshot_2022-04-06_at_4.02.40_PM.png

Screenshot_2022-04-06_at_4.07.11_PM.png

Langkah 2: Cipta Aplikasi Facebook

Sila ambil perhatian bahawa "App Display Name" akan terpapar semasa proses log masuk untuk dilihat oleh pelanggan. Anda disyorkan untuk memasukkan "Nama Kedai / Jenama" anda dan e-mel Peribadi/syarikat anda. Anda juga boleh memilih akaun Pengurus Perniagaan Facebook anda. Selepas melengkapkan maklumat, klik "Create an App".

Screenshot_2022-04-06_at_4.17.19_PM.png

Screenshot_2022-04-06_at_4.20.00_PM.png

Tetingkap pop timbul untuk "Semakan Keselamatan" akan muncul. Sila klik "Create App" selepas pengesahan.

Langkah 3: Muat turun Aplikasi “Facebook Login"

Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman untuk mencipta aplikasi. Sila cari “Facebook Logn” dan klik "Set up".

Screenshot_2022-04-06_at_4.21.11_PM.png

Selepas masuk ke halaman tetapan “Facebook Login”, sila pilih untuk menggunakan aplikasi di “Web”. 

Screenshot_2022-04-06_at_4.22.53_PM.png

Langkah 4: Masukkan URL kedai

Sila masukkan URL kedai anda di “URL laman web”. Contohnya, "https: //www. test123. com" atau "https: //www. test123. com. tw." Sila pastikan anda memasukkan URL disulitkan dengan selamat yang bermula dengan https: //. Selepas mengesahkan URL, klik butang "Save" di sudut kanan bawah dan tunggu aplikasi menyimpan URL.

Screenshot_2022-04-06_at_4.25.06_PM.png

Langkah 5: Masukkan tetapan anda di bahagian “Basic” aplikasi

Seterusnya, sila pergi ke panel utama di sebelah kiri dan masuk ke [Settings] > [Basic] untuk melengkapkan tetapan Domain Aplikasi, URL Dasar Privasi, Pemadaman Data Pengguna, Ikon Aplikasi, Penggunaan Perniagaan, URL Syarat Perkhidmatan, Kategori, dan URL Laman Web.

Screenshot_2022-04-06_at_4.53.32_PM.png

  1. Domain-domain Aplikasi(Diperlukan
    Kolum ini akan memerlukan sebanyak 2 URL (naked domain dan URL dengan subdomain), sila ikuti kaedah-kaedah dibawah untuk untuk mendapatkan dan melampirkannya, dan kemudian tekan "Enter(Windows) / Return(Mac)" di papan kekunci anda untuk taip ianya ke ruangan itu. Apabila URL tersebut menjadi teks berwarna kelabu berlatarbelakang warna biru ianya menunjukkan URL ini adalah betul.

    Sekiranya kedai anda menggunakan URL unik, contohnya: https: //www. test123. com
    Sila masukkan dua URL: www. test123. com & test123. com

    Sekiranya kedai anda menggunakan URL percuma, contohnya: https: //test456. myshopline. com
    Sila masukkan 2 URL: test456. myshopline. com & myshopline. com
    Sila gantikan "teks contoh tebal” dengan URL kedai anda. Sekiranya anda tidak yakin tentang URL unik kedai anda atau URL percuma, anda boleh pergi ke halaman utama kedai untuk menyalinnya.

  2. URL Dasar Privasi(Diperlukan

    Dasar privasi adalah kenyataan tentang cara laman web akan menggunakan data peribadi pengguna Internet. Jika pengguna laman web bersetuju dengan pernyataan dasar privasi, ia akan berkuat kuasa sebagai kontrak standard. Pendedahan "Syarat Privasi" di kedai anda ialah salah satu ulasan utama untuk memohon pembayaran, Pengiklanan Google, Aplikasi Facebook dan banyak lagi.
    Pada awal tahun 2020, Facebook telah menambahbaik perlindungan untuk akaun-akaun Facebook dan akan menyemak dengan ketat dasar privasi laman web luar. Anda disyorkan untuk melawat ADMIN anda dan gunakan halaman teks atau halaman lanjutan untuk membuat halaman "Dasar Privasi", kemudian lampir pautan halaman ke kolum ini. Untuk format dan kandungan, sila rujuk Halaman Kedai Contoh SHOPLINE(untuk rujukan sahaja, sila edit mengikut situasi dan keperluan khusus anda).
    "Dasar Privasi" harus disertakan dalam "Tajuk" bagi Pengoptimuman Enjin Carian/Tetapan SEO halaman anda, serta dalam "Descriptive URLs" supaya Facebook akan mengenalpasti halaman anda dan kandungan "dasar privasi".
         a. Sekiranya kedai anda menggunakan URL unik, anda akan dapat URL yang sama seperti:
    https: //www. test123. com/pages/privacy-policy 
        b. Sekiranya kedai anda menggunakan URL percuma, anda akan dapat URL yang sama seperti: https: //test456. myshopline. com/pages/privacy-policy

    Sila gantikan "teks contoh tebal" dengan URL kedai anda. Sekiranya anda tidak yakin tentang URL unik kedai anda atau URL percuma, anda boleh pergi ke halaman utama kedai untuk menyalinnya.

  3. Pemadaman Data Pengguna(Diperlukan
    Sekiranya kolum ini kosong, sila masukkan URL kedai anda, contohnya, https: //www. test123. com atau https: //www. test123. com. tw , dll., sila pastikan anda memasukkan URL disulitkan dengan selamat yang bermula dengan https: //.

  4. Kategori (Disyorkan)
    Sila pilih pilihan yang sesuai daripada menu mengikut jenis kedai anda atau perkhidmatan yang ditawarkan di kedai anda.

  5. URL Syarat Perkhidmatan (Disyorkan)
    Pautan URL ini akan dipaparkan dalam "Syarat Aplikasi" pada tetingkap log masuk Facebook. Kami mengesyorkan anda menyunting "Terma dan Syarat" halaman default kedai anda, dan menerangkan dasar perkhidmatan dan butiran transaksi anda berdasarkan situasi sebenar anda. Kemudian letakkan pautan URL penomboran dalam kolum ini.

  6. Ikon Aplikasi (Disyorkan)
    Ikon Aplikasi akan dipaparkan di proses log masuk pelanggan berserta “Nama Paparan”. Kami mencadangkan anda memuat naik logo kedai atau ikon jenama untuk pelanggan bagi mengurangkan kebimbangan mereka tentang penipuan atau pengumpulan maklumat pengguna melalui saluran tidak rasmi. Facebook mengesyorkan memuat naik imej dengan saiz 1024 x 1024 piksel dan saiz fail kurang daripada 5MB.

  7. Penggunaan Perniagaan (Disyorkan)
    Jika anda menguruskan kedai anda sendiri, sila klik "Yourself or your own business". Jika anda seorang ejen/pengendali agensi untuk perniagaan lain, sila klik "Clients".

  8. URL Laman Web(Diperlukan
    Seterusnya, sila ke bahagian “Website”. Sekiranya ruangan ini kosong, sila masukkan URL laman utama sekali lagi, contohnya, https: //www. test123. com atau https: //www. test123. com. tw , dll. , Sila pastikan anda memasukkan URL disulitkan dengan selamat yang bermula dengan https: //. Klik butang “Save Changes” di sudut kanan bawah selepas pengesahan.
    Screenshot_2022-04-06_at_5.11.00_PM.png

Langkah 6: Pergi ke [Facebook Login] > [Settings]

Seterusnya, sila ke panel utama produk di kiri [Client OAuth Login Setting] > [Facebook Login] > [Settings]. 

Screenshot_2022-04-06_at_5.30.27_PM.png

1. Hidupkan fungsi yang ditetapkan
Sila aktifkan 4 suis fungsi berikut. Anda boleh membandingkan dan mengesahkan dengan rajah di bawah selepas menetapkan.

  • Hidupkan "Client OAuth Login"
  • Hidupkan "Web OAuth Login"
  • Hidupkan "Use Strict Mode for Redirect URIs"
  • Hidupkan "Enforce HTTPS"

2. Masukan pautan di "Valid OAuth Redirect URIs"
Sila ikut arahan di bawah dan tampal pautan yang sepadan ke kolum "Valid OAuth Redirect URIs". Tekan Enter (Window) / Return (Mac) pada papan kekunci anda selepas itu. Apabila URL menjadi teks kelabu pada latar belakang biru, ini bermakna input anda berjaya.

OAuth Login URL: https: //+main domain name+/user/signIn (e. g. https: //www. test123. com/user/signIn )

  • Sekiranya kedai anda menggunakan URL unik, contohnya, https: //www. test123. com
    Sila lampirkan: https: //www. test123. com/user/signIn
  • Sekiranya kedai anda menggunakan URL percuma, contohnya, https: //test456. myshopline. com
    Sila lampirkan: https: //test456. myshopline. com/user/signIn

Sila gantikan "teks contoh tebal" dengan URL kedai anda. Sekiranya anda tidak yakin tentang URL unik kedai anda atau URL percuma, anda boleh pergi ke halaman utama kedai untuk menyalinnya.

Setelah melengkapkan tetapan, sila klik butang “Save Changes” di sudut kanan bawah.

Screenshot_2022-04-06_at_5.33.51_PM.png

*Notis: Selepas penyerahan, sila semak semula sama ada suis "Use Strict Mode for Redirect URLs" ditutupkan (status "Tutup"). Jika ia ditutupkan (status "Tutup"), sila hidupkannya (tukar status menjadi "Hidup") dan tekan "Save Changes" sekali lagi.

Langkah 7: Sahkan Status Permohonan

Sila semak "Swutch" di sebelah "Application ID" di bahagian atas halaman aplikasi. Suis hendaklah "Live" dan statusnya "Online" supaya aplikasi boleh digunakan. (Jika suis dimatikan, status akan muncul sebagai "In Development". )

Apabila anda menghidupkan suis, sila klik "Switch Mode" untuk menetapkan aplikasi anda "Live". Jika aplikasi dimatikan, pelanggan tidak akan dapat log masuk ke kedai menggunakan akaun Facebook mereka.

Screenshot_2022-04-06_at_5.39.36_PM.png

Langkah 8: Bersedia untuk memasukkan maklumat dalam ADMIN kedai

Sila semak panel utama di sebelah kiri [Settings] > [Basic] kemudian klik butang "Show" di sebelah "Application Secret" untuk memaparkan kod sepenuhnya. Salin "ID APP" dan "APP Secret", dan kembali ke panel kedai SHOPLINE anda untuk penetapan.

Screenshot_2022-04-06_at_5.46.04_PM.png

Langkah 9: Kembali ke Tetapan Kedai SHOPLINE

Kembali ke Admin SHOPLINE dan klik Facebook di bahagian kiri. Kemudian, cari kolum “Log Masuk Facebook Pelanggan” untuk menghidupkan fungsi ini.

Selepas mendayakan aplikasi, sila lampir "Nombor aplikasi Facebook." dan "Kunci APP" pada kolum masing-masing dan klik Simpan untuk menyimpan tetapan anda. Kedai anda kemudiannya akan tersedia untuk log masuk melalui Facebook.

facebook.png

facebook.png

Langkah 10. Periksa sekiranya anda boleh guna fungsi Log Masuk Facebook untuk satu klik daftar/masuk

Penetapan anda kini selesai dan anda boleh menyemak kedai anda untuk mendapatkan kemas kini.

Sila masuk ke halaman log masuk/daftar ahli kedai anda, klik butang "Log masuk dengan Facebook" dan tetingkap Facebook akan muncul untuk meminta pelanggan log masuk dan membenarkan aplikasi log masuk anda (nama paparan dan ikon aplikasi muncul di sini). Pelanggan mesti membenarkan aplikasi log masuk Facebook untuk mengakses data supaya mereka boleh menggunakan fungsi log masuk Facebook. Jika pelanggan memilih untuk tidak membenarkan, fungsi log masuk Facebook tidak boleh digunakan.

Terdapat banyak langkah untuk menyediakan fungsi ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan semasa proses, sila ambil tangkapan skrin isu tersebut dan hantar ke dalam talian kami.

mceclip9.png

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Komen