• Topic 主题 トピック Topic Topic
  • Sign in

Cara untuk membuka dan mengurus pelbagai kedai

Anda boleh membuka pelbagai kedai SHOPLINE pada masa yang sama dan tukar kepada kedai lain lain dia muka depan dengan kemudahan untuk mengurus, log masuk, dan mengendali.

 

Cara untuk sediakan

Kaedah 1: Apabila peniaga memiliki dua atau lebih kedai, log masuk ke akaun untuk masuk ke halaman pengurusan pelbagai kedai.

 

Kaedah 2: Masuk ke halaman pengurus, klik pada nama kedai di sudut atas kanan halaman ini untuk mengembangkan menu lungsur turun. Anda boleh tukar kepada halaman pengurus kedai-kedai lain.

 

Arahan

Screenshot_2022-03-18_at_4.49.59_PM.png

 

Gambaran keseluruhan halaman pengurusan kedai. 

No.

Nama Fungsi

1

Cipta kedai baharu

2

Salin kedai

3

Tetapan

4

Susunan

5

Tukar pandangan

 

 

Huraian fungsi

1. Cipta kedai baru

  • Apabila anda sedang mendaftar akaun di SHOPLINE, anda boleh membuat sehingga tiga kedai percubaan secara percuma setelah log masuk. 
  • Klik pada “buat kedai baru” untuk ke halaman tetapan kedai dan isi informasu kedai tersebut. 
  • Alamat kedai atas talian: masukkan alamat yang bebas daripada aksara khas ke ruangan URL untuk membantu pelanggan untuk jumpa kedai anda dengan mudah. 
  • *Nota: Hanya nombor, huruf, dan tanda sengkang sahaja disokong. Modifikasi adalah tidak dibenarkan selepas kedai ini dicipta.
  • Nama kedai: masukkan nama kedai yang mudah diingati untuk pelanggan anda  di ruangan teks. Nama kedai ini boleh diubah kemudian.
  • Mana untuk jual: Tekan menu lungsur turun untuk memilih negara dan wilayah dimana produk kedai anda dijual. 
  • Matawang pengebilan: Tekan pada menu lungsur turun untuk memilih jenis matawang yang pelanggan akan guna untuk membayar semasa pembelian produk. 
  • *Nota: Setelah anda memilih jenis matawang, ianya tidak boleh diubah setelah pesanan telah dilakukan. Sila pilih matawang menurut pasaran anda.
  • Kategori perniagaan: Tekan pada menu lungsur turun, anda boleh memilih jenis produk yang kedai anda jual: barang keperluan rumah, pakaian, kecantikan & kosmetik, barang elektronik, barangan rekreasi luar dan sukan, makanan dan minuman, buku dan alatulis, ibu mengandung dan bayi, dan keperluan haiwan perliharaan.


Cara untuk mengubah akaun pengurus kedai

Langkah 1. Di Muka depan SHOPLINE, pergi ke [tetapan] > [pentadbir dan kebenaran].

Langkah 2. Klik “emel pengurus kedai” untuk memasukkan alamat emel pengurus kedai baru di tetingkap “pop-up”. 

 

3. Cara untuk menambah pentadbir kedai dan kebenaran

Hanya akaun utama yang mencipta kedai, akaun pengurus kedai, atau pentadbir dengan kuasa penuh mempunyai kebenaran untuk menambah atau membuang akaun-akaun pentadbir. Setiap kedai boleh sediakan sehingga 5 pentadbir.

 

Langkah 1. Pergi ke [tetapan] > [pentadbir dan kebenaran]. Klik “tambah pentadbir”.

Langkah 2. Masukkan nama dan alamat emel pentadbir baru. Berikan kebenaran kepada pentadbir. Setelah konfigurasi telah lengkap, pentadbir akan akan berada dalam keadaan tidak aktif. Kaedah pengaktifan adalah sama seperti kaedah pengaktifan akaun pengurus kedai. Anda boleh mengubah status akaun pentadbir dan kebenaran mengikut keperluan operasi kedai anda pada bila-bila masa. 

  • Sediakan pengesahan dwi-langkah: apabila tetapan ini diaktifkan, semua pentadbir (termasuk pengurus kedai) perlu mengaktifkan pengesahan dwi-langkah di halaman profil mereka. Sekiranya tidak, mereka tidak boleh mengguna atau mengurus muka depan.
  • Klik butang "Buat Kedai" untuk menjana kedai pakej percubaan

 

4. Aktifkan kedai

Peniaga yang telah membeli pelan profesional akan melihan modul “aktifkan kedai” di halaman pengurusan pelbagai kedai. 

Klik pada butang “aktifkan kedai” untuk masuk ke halaman tetapan kedai. Isi informasi kedai seperti di atat, lihat huraian di Cipta Kedai Percubaan.

 

5. Tetapan kedai 

Pada halaman “uruskan kedai”, anda boleh gerakkan tetikus untuk menyerlahkan kedai yang sepadan. Klik di mana-mana dalam kotak untuk masuk ke halaman utama muka depan kedai. Pergi ke [tetapan] > [tetapan asas] untuk membuat perubahan. 

 

6. Susunan kedai 

Pada halaman “uruskan kedai” anda boleh klik pada butang “ubah pandangan” di sudut atas kanan untuk mempamerkan informasi kedai dalam senarai.

 

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Komen