Tetapan ini tersedia untuk penghantaran dari Tanah Besar China ke Taiwan dan lain-lain negara-negara Asia Tenggara. Sekiranya pasaran sasaran anda tidak tergolong dalam negara-negara atau wilayah-wilayah ini, pilihan “Tetapan Penghantaran” tidak akan ditunjukkan.
Langkah 1. Pergi ke tetapan
Di muka depan SHOPLINE, pergi ke [Tetapan] > [Penghantaran dan Pengedaran]
Langkah 2. Tambah kaedah pengedaran
Setelah anda masuk ke halaman penghantaran dan pengedaran, tekan tambah Kaedah Pengedaran.
i. Tambah alamat asal dan alamat pengedaran
Masukkan alamat asal dan kawasan pengedaran
Setelah anda memasukkan alamat pengedaran, tekan Langkah Seterusnya untuk memasukkan destinasi pengedaran.
ii. Tambah pengedaran tersuai atau platform logistik
- Tambah pengedaran tersuai
Sekiranya anda telah mengintegrasi bersama syarikat logistik pihak ketiga, anda boleh menambah pengedaran tersuai kepada kedai anda:
- Platform logistik
SHOPLINE membekalkan berbagai pembekal servis logistik berdasarkan alamat pengedaran dan alamat penerima. Untuk mendayakan ciri ini, sila hubungi Kumpulan Merchant Success Dalam Talian.
iii. Tetapkan kawasan penghantaran dan kos penghantaran
- Nama pelan penghantaran: Tetapkan nama gelaran untuk kos penghataran agar peniaga boleh urus dan kenalpasti dengan mudah. Nama ini tidak akan dipaparkan kepada pelanggan.
- Kawasan penghantaran: Peniaga boleh menyunting kawasan kecil untuk alamat. Contohnya, hantar produk Taipei, bandar di Taiwan sahaja.
- Tetapkan kos penghantaran: buat masa ini, SHOPLINE hanya menyokong 12 jenis kaedah pengiraan yang telah ditetapkan.
Contoh 1: Tetapkan pelan kos penghantaran kepada 0.
Contoh 2: Tetapkan kos penghantaran untuk 0-10kg sebanyak US$10, dan 10-20kg sebagai US$0.
Ada banyak lagi wilayah dan kaedah pengiraan kos untuk anda pasangkan. Setelah persediaan telah lengkap, ingat untuk tekan salah satu daripada butang “reka” yang terdapat pada bahagian atas atau bawah halaman ini.
iv. Tetapkan nama kos penghantaran dan penerangannya.
Nama kos penghantaran: Pelanggan akan lihat nama ini di laman web kedai anda.
Contohnya, anda boleh tetapkan ia sebagai pilihan penghantaran percuma dengan menamakan ia “Penghantaran percuma”.
Penerangan pelan: Masukkan penerangan tambahan untuk kaedah penghantaran. Ruangan ini adalah tidak diwajibkan untuk isi.
v. Uruskan senarai
Tekan Sembunyi untuk sembunyikan atau paparkan jenis pengedaran. Pelanggan tidak boleh memilih kaedah penghantaran itu sekiranya ia telah disembunyikan. Untuk memaparkan jenis pengedaran, tekan Paparkan.
Komen