• Topic主题TopicTopic
  • Sign in

Penetapan Logo Kedai

Logo kedai ialah simbol jenama anda. Ia memberikan impak yang berkekalan kepada pelanggan. Usahawan boleh memaparkan logo kedai mereka dengan 4 cara: dalam Admin, dalam e-mel pemberitahuan, sebagai header dan juga sebagai favicon.

Dalam artikel ini, anda akan menemui cara untuk menambahkan logo kedai anda pada:

1. Logo backend Admin

Selepas penetapan, logo akan muncul di bahagian atas sebelah kiri halaman Admin SHOPLINE untuk membantu anda menguruskan pelbagai kedai.

Langkah 1. Dalam Admin SHOPLINE, pergi ke [Tetapan] > [Tetapan Asas], kemudian pergi ke “Maklumat asas kedai”.


Langkah 2. Untuk memasukkan logo kedai anda, klik “Penambahan gambar”, kemudian muat naik imej logo. Ketinggian imej yang dicadangkan adalah 200px. Di ingatkan untuk mengklik “Kemas Kini” di bahagian atas atau bahagan bawah halaman untuk menyimpannya.

Untuk memadamkan logo, klik ikon "tong sampah" di tengah-tengah imej logo yang dimuat naik.

 

2. Logo kedai pada templat e-mel pemberitahuan

Selepas setup, logo akan muncul dalam teks kandungan e-mel pemberitahuan kepada pelanggan.
Pada Admin, pergi ke [Tetapan] > [Pemberitahuan]. Pilih templat dan klik “Pesanan baru” untuk masuk ke halaman edit. Muat naik logo di sebelah kiri dan pratontonnya di sebelah kanan.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang templat pemberitahuan e-mel.

 

3. Logo kedai di halaman utama kedai

Logo ini akan muncul di halaman utama kedai.

Dalam Admin, pergi ke [Kedai Online] > [Design]. Klik “Reka untuk memasuki halaman edit. Klik “Header” dan kemas kini imej logo. Anda boleh pratonton hasilnya di sebelah kanan halaman. Ketinggian imej yang dicadangkan adalah 200px. Mohon ingat untuk mengklik “Simpan” di bahagian atas sebelah kanan halaman untuk menyimpannya.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang reka bentuk kedai.

 

4. Logo kedai sebagai favicon

Dalam Admin, pergi ke [Kedai Online] > [Design]. Klik “Reka untuk memasuki halaman edit, kemudian skrol bawah ke [Tetapan Tema] > [Ikon tapak web]. Kemas kini imej logo. Saiz ikon kegemaran yang dicadangkan ialah 32px*32px.


Klik “*Periksa kedai atas taliandi bahagian atas sebelah kanan halaman untuk pratonton. Reka bentuk pratonton akan muncul dalam tetingkap pop timbul. Ingat untuk mengklik “Simpan” di bahagian atas sebelah kanan halaman untuk menyimpannya.

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Komen